Setelah tamat tempoh menunggu ketibaan DECT Phone “percuma” yang tidak sampai-sampai seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, akhirnya tahap curiga saya telah sampai ke tahap yang tertinggi tentang kedudukan DECT Phone tersebut lalu saya telah membuat panggilan ke TM melalui talian 100 untuk membuat aduan dan bertanyakan tentang hal tersebut pada 10 Jul 2010.
Namun amat mengecewakan kerana jawapan yang saya terima adalah DECT Phone telah kehabisan stok! Tidak mengapalah, mungkin kerana DECT Phone tersebut mereka berikan secara percuma dan mungkin juga ianya tidak memberikan keuntungan kepada mereka. Mungkin juga dengan kelambatan permberian DECT Phone percuma tersebut tidak mengganggu gugat keuntungan mereka.
Tetapi sebagai pengguna saya agak kecewa dengan perkara ini. Saya juga bertanyakan tentang kedudukan DECT Phone percuma saya, bila saya akan dapat? Jawapannya apabila stok ada akan di pos dengan kadar segera...???
Jawapan yang diberikan kurang membuat hati saya berasa selesa lalu saya ajukan soalan berapa lama harus saya tunggu sehingga saya perlu membuat aduan sekali lagi? Kali ini jawapan yang diberikan agak logik kerana tempoh masa diberikan iaitu selama sebulan.
Saya juga mengambil kesempatan untuk bertanya tentang bil saya berjumlah RM 140.00, lebih RM 10 daripada pakej yang ditawarkan. TM menyatakan kemungkinan ia adalah bayaran untuk Add On Free Calls to TM Fixed line nationwide. Kenapa kena bayar extra sedangkan perkara tersebut dinyatakan di dalam pakej?
Jawapan ke dua pula diterima, ia adalah gabungan dari separuh bulan bayaran untuk pakej lama dan separuh bulan untuk pakej baru. Saya akan dapat melihat bil saya bulan hadapan menjadi RM 130 seperti yang dijanjikan. Tetapi jawapan tersebut amat tidak logik kerana pakej baru saya adalah RM 130.00 sebulan manakalan pakej lama pula RM 99.00 sebulan. Tidak perlu kira pun kita boleh tahu jawapannya tidak mungkin lebih daripada RM 130 dan tidak boleh kurang daripada RM 99.00.
Mungkin TM benar. Mungkin saya tidak arif. Saya kata ok. Saya tunggu bulan depan.
Satu lagi penantian terpaksa dilalui. Semoga DECT Phone “percuma” yang dinanti-nantikan akan muncul nanti. Semoga bil saya jadi RM 130.00. 10 Ogos 2010, mana DECT Phone?
0 comments:
Post a Comment