Berapakah Nilai Gaji Anda?


Pernahkah anda fikirkan jika gaji kita dibayar menggunakan gula?
Semalam saya berbual-bual dengan seorang kakitangan kerajaan yang akan berpencen pada tahun ini.  Mula bercerita dari hal keluarga, pengalaman hidup hingga ke soal gaji yang diterimanya. 
Dia menceritakan bahawa gaji pertama yang diterima ketika dia mula bekerja hanyalah RM 180 sebulan dan kini pendapatannya menjangkau RM 1700 sebulan.  Dia juga menerangkan kepada saya bahawa kesukaran hidupnya yang pada waktu mula bekerja adalah amat sukar jika dibandingkan dengan mereka yang hidup pada zaman kini. 
Saya merasakan nilai RM 180 pada zaman itu lebih kurang sama nilainya dengan RM 1700 pada hari ini.  Namun agak sukar untuk menerangkan pada abang yang akan berpencen dan banyak pengalaman ini.  Lalu saya ajukan soalan tentang harga 1kg gula ketika dia mula bekerja.  “Murah, seingat saya lebih kuran 30 sen. “
Jika dikira nilai RM 180 dari nilai gula pada waktu itu adalah
RM 180  RM 0.30 = 600 kg
Maka kita boleh andaikan gajinya pada ketika itu sama nilai dengan 600 kg gula.
Tetapi berapakah harga gula pada hari ini. Jika hendak dibandingkan zaman dahulu dengan kini, perbandingan tersebut tidak boleh dibandingkan dengan junlah gaji yang diperolehi semata-mata tetapi perbandingan perlu dibuat denga kuasa membeli yang ada pada nilai gaji tersebut.  Maka saya andaikan gaji permulaan dia bekerja adalah sama dengan harga 600kg gula pada hari ini (RM 2 sekilogram) iaitu
RM 2 x 600kg = RM 1400
Ini bermakna gajinya yang hanya RM 180 pada mula bekerja adalah sama nilainya dengan RM 1400 pada hari ini.
Akan tetapi apa yang mengejutkan saya, setelah melayari internet untuk mengetahui gaji permulaan mereka yang mempunyai jawatan yang sama pada hari ini saya dapati gaji permulaan bagi jawatan tersebut adalah lebih kurang RM 700, lebih rendah dari RM 180 pada zaman dahulu?  Jadi adalah tidak wajar untuk membandingkan gaji yang rendah pada zaman dahulu dengan zaman sekarang dengan jumlah gaji yang diterima sahaja. 

0 comments:

Post a Comment