Bukit Larut

Bukit Larut mempunyai ketinggian 1036 meter dan ianya terletak berdekatan dengan Bandar Taiping.   Ia merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk dijadikan kawasan beriadah terutamanya bagi aktiviti mendaki.  Pendakian boleh dilaksanakan dengan mudah memandangkan kemudahan jalan tar tersedia dari kaki bukit hingga ke puncak.  Bagi mereka yang tidak berminat untuk mendaki dengan berjalan, kemudahan kereta sewa (Land Rover)  juga disediakan di kaki bukit dengan bayaran RM 6 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak (11 tahun ke bawah).
Di puncak bukit terdapat cafe dan banglo yang boleh digunakan untuk mereka yang ingin bermalam di dalam suasana yang aman dan jauh dari hiruk pikuk kota.  Di sini saya sertakan beberapa keping gambar yang mengambarkan keadaan di puncak Bukit Larut yang aman dan damai.

0 comments:

Post a Comment