Kenaikan Harga Barang


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering kali dikejutkan dengan kenaikan harga barang keperluan yang mana ianya memberi kesan terhadap semua peringkat masyarakat daripada yang kaya kepada yang miskin.  Namun perhatian yang lebih perlu diberikan kepada golongan yang miskin kerana berkemungkinan besar kesan kenaikan harga barang ini akan menyebabkan sesebuah keluarga itu terpaksa mengurangkan jumlah makanan yang hendak disuapkan ke mulut anak-anak dan isteri.
Setiap kali kenaikan harga barang keperluan juga seringkali akan diiringi dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan.  Sama ada kenaikan gaji kakitangan kerajaan berlaku terlebih dahulu dan diikuti dengan kenaikan harga barang atau pun sebaliknya.  Ianya seakan-akan berkaitan antara kenaikan gaji kakitangan kerajaan dan kenaikan harga barang. 
Pelbagai persoalan timbul di pemikiran, apakah kebaikannya peningkatan gaji kakitangan kerajaan sekiranya harga barang juga turut meningkat.  Tetapi sebagai pemerintah sebuah negara sudah pasti, pelbagai aspek dan lapisan masyarakat perlu di beri perhatian supaya keputusan yang dibuat tidak memberi keutungan kepada sebelah pihak sahaja dan membunuh sumber pendapatan sebelah pihak yang lain.
Disebalik itu juga saya ada beberapa persoalan yang mungkin berkaitan dengan kenaikan gaji dan harga barang keperluan.
1.   Adakah kenaikan harga barang keperluan dipengaruhi oleh kenaikan gaji kakitangan kerajaan atau sebaliknya?

2.   Sekiranya harga barang naik, kakitangan kerajaan naik gaji (kenaikan yang seiring dan adil).   Bagaimana pula dengan gaji penoreh getah, pesawah padi dan yang lain-lain, adakah gaji mereka naik? Adakah harga hasil yang mereka keluarkan akan dibeli dengan harga yang lebih tinggi?(Jika tidak, kuasa membeli mereka akan berkurangan)

3.   Jika gaji kakitangan kerajaan tidak naik, adakah harga barang tidak naik?

4.   Apakah kebaikan kenaikan gaji kakitangan kerajaan sekiranya harga barang seiring naik?

5.   Adakah kos mencetak duit akan bertambah kerana jumlah duit yang lebih banyak diperlukan untuk membeli barang yang sama kerana harganya meningkat?

6.   Adakah lebih mudah jika harga barang dan gaji tidak meningkat supaya kita tidak perlu menngira wang yang lebih banyak untuk membeli sesuatu barang?
Namun saya pasti kerajaan telah membuat penilaian melalui aspek yang lebih besar dan lebih terbuka sebelum satu keputusan dibuat dan saya pasti keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah keputusan yang terbaik untuk kepada semua lapisan masyarakat.

0 comments:

Post a Comment