Streamyx Pakej Standard vs Steamyx BlockBuster Deals

Internet semakin menjadi keperluan kepada kita di Malaysia.  Kini pelbagai pelbagai produk internet ada di pasaran yang menawarkan pelbagai ciri-ciri tersendiri bergantung kepada kehendak kita sebagai pengguna.  Oleh yang demikian, kita perlu bijak untuk membuat pilihan tentang produk yang terbaik untuk kita gunakan.
Saya mula mendaftar sebagai pengguna Streamyx pada tahun 2006 menggunakan Pakej Standard 1.0 Mbps dengan sewa bulanan RM 99 (bersama modem).  Tetapi pakej ini memerlukan kita mempunyai talian telefon tetap yang berdaftar di Telekom Malaysia dengan kos sewa bulanan sebanyak RM 30 setiap bulan (tidak termasuk caj panggilan).  Jumlah kos yang perlu saya untuk internet adalah RM 129 setiap bulan. 
Pada awal tahun 2010 saya mula teringin untuk memiliki talian internet tanpa wayar atau pun wireless.  Setelah membuat  penilaian saya membuat kesimpulan bahawa saya mempunyai 2 pilihan untuk mendapatkan talian internet wireless.  Pertama, bertukar kepada produk P1 W1MAX.  Kedua, menukar  modem saya dengan modem + wireless router.
Bermula dengan pilihan pertama, saya meneliti laman web P1 W1MAX untuk memahami dengan lebih terpirinci tentang produk tersbut.  Namun saya berasa hampa dan penelitian saya terhenti apabila mendapati tempat tinggal saya tidak termasuk dalam linkaran liputan P1 W1MAX. 
Seterusnya saya beralih arah kepada pilihan yang kedua iaitu membeli modem + wireless router yang baru.  Semakan di buat di laman web PC Depot untuk mengetahui harga barang tersebut.  Kos yang diperlukan agak tinggi, RM 160 adalah kos yang paling rendah untuk  sebuah modem + wireless router
Memandang kos yang diperlukan untuk memiliki modem + wireless router yang baru adalah agak tinggi, saya bercadang untuk menamatkan akaun streamyx saya yang lama dan mendaftar baru bagi mendapatkan modem wireless secara percuma.  Setelah semakan di buat di laman web streamyx, saya agak berminat dengan tawaran dari pakej BlockBuster Deal 1 Mbps dengan bayaran sebanyak RM 110 setiap bulan.  Pakej ini mengandungi wireless modem + Dect Phone + panggilan ke TM dalam negara PERCUMA dan kadar panggilan rata RM 0.10 /min kepada semua talian mudah alih dalam negara.  
Saya pergi ke TM Point untuk membuat pertanyaan.  Maklumat daripada staff TM yang bertugas, saya masih mempunyai dua pilihan tentang cara yang saya hhendak gunakan untuk menukar pakej.  Yang pertama saya boleh menamatkan akaun saya dan mendaftar baru seperti dirancang.  Tetapi jika saya menggunakan kaedah ini, saya terpaksa membayar 2 kali ganda daripada jumlah bil yang sepatutnya pada bulan pertama.  Kaedah kedua saya menukar pakej yang sedia ada kepada pakej BlockBuster Deal.  Tetapi jika saya menukar pakej dengan kelajuan yang sama saya tidak akan memperolehi Dect Phone (syarat yang telah ditetapkan oleh TM).  Jadi sekiranya saya ingin mendapatkan Dect Phone, saya terpaksa memilih kelajuan yang lebih tinggi daripada 1 Mbps.  Oleh kerana teringin untuk memiliki Dect Phone, kelajuan 2 Mbps dipilih.  
Pada 2 Jun 2010, staf dari TM telah membuat pemasangan pakej Blockbuster Deal di rumah saya.  Wireless modem dan kelajuan 2 Mbps telah diperolehi (tetapi hanya pada kadar 1.2 Mbps bergantung kepada keadaan dan telah dinyatakan oleh TM).  Tetapi penerangan yang diberikan oleh staf yang membuat pemasangan bahawa kadar panggilan rata akan bermula pada bil yang akan datang dan  Dect Phone akan dipos oleh TM dari Kuala Lumpur dalam masa sebulan.  Bermakna sebelum 2 Jul 2010 saya akan memperolehinya (terrpaksa menunggu dengan sabar).
Pada bulan yang akan datang saya akan mendapat beberapa kelebihan dengan pakej yang baru ini. Dengan sewa bulanan yang sama saya memperolehi kadar panggilan percuma ke talian tetap, kelajuan bertambah kepada 2 Mbps dan kadar panggilan rata RM 0.10 /min ke talian mudah alih dalam negara.  Saya juga memperolehi Wireless modem secara percuma dan ‘akan’ memperolehi Dect Phone secara percuma sedikit masa lagi. 
Oleh yang demikian, kepada saudara-saudara yang masih menggunakan Streamyx pakej standard marilah kita beralih kepada pakej BlockBuster Deal yang lebih memberi kelebihan dari segi nilai wang kepada kita berbanding menggunakan pakej Streamyx Standard

0 comments:

Post a Comment