Hand, Foot and Mouth Disease


Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut



Sedang saya sibuk membantu ibu untuk menguruskan tahlil arwah ayah, anak saya yang pertama dijangkiti Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease-HFM)Pepatah Melayu ada mengatakan seperti sudah jatuh ditimpa tangga.  Tetapi sebagai umat Islam, kita perlu menerimanya dengan hati yang redha sebagai ujian dari Allah swt. 
HFM adalah sejenis penyakit berjangkit yang mudah menyerang kepada kanak-kanak yang berumur bawah dari 2 tahun.  Penyakit ini bermula dengan demam biasa kemudian ikuti dengan tanda-tanda melepuh di sekitar mulut, kakit dan tangan. 
y
Pada peringkat awal, saya hanya menganggap anak saya mengalami demam panas yang biasa.  Tetapi agak pelik kerana dia agak sukar untuk minum dan makan seakan-akan perkara itu menyakitkan dirinya.  Sebenarnya itu adalah perkara yang paling bahaya bagi kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM kerana mulut dan tekak mereka akan melepuh sebelum tanda melepuh itu muncul di bahagian luar mulut, kaki dan tangan.  Akibat daripada mulut dan tekak yang melepuh mereka jadi takut untuk makan dan minum kerana ia akan memberi kesakitan dan seterusnya membawa kepada gastrik, kekurangan air dalam badan dan sekiranya berlanjutan boleh mengakibatkan mati.
Alhamdullilah, saya mula sedar yang anak saya dijangkiti HFM pada hari ke 2 dia demam setelah tanda-tanda melepuh di tangan dan kaki dapat dilihat.  Walaupun pada saya ia agak terlambat kerana sudah 2 hari juga anak saya agak kurang makan dan minum. 



Setelah mendapat nasihat dari doktor di sebuah klinik swasta, anak saya dirujukkan ke hospital untuk ditahan di wad. Maklumat dari mereka dari bidang perubatan, tiada rawatan khusus untuk penyakit ini.  Ia merupakan jangkitan virus dan kita hanya boleh menunggu untuk ia pulih sendiri.  Rawatan yang diberikan hanyalah untuk demam dan ubat sapu untuk mengurangkan kesakitan terhadap lepuhan.  Tetapi perkara yang paling penting air yang dimasukkan melalui tangan yang biasa dilakukan di hospital bagi menampung kekurangan  cecair dalam badan (kerana kesukaran untuk makan dan minum). Anak saya hanya boleh keluar dari wad setelah di boleh makan dan minum secara normal (bermaksud lepuhan di dalam mulut semakin pulih). 
Setelah 18 jam anak saya ditahan di wad, Alhamdullilah anak saya mula minum dengan sendiri dan doktor mencadangkan untuk dia keluar dari wad.

0 comments:

Post a Comment