195 mewakili kelebaran tayar iaitu 195mm dan 55 adalah ketinggian tayar (55% daripada 195mm = 107.25mm. Manakala R15 adalah diameter tayar adalah 15 inci. Walaubagaimanapun kita tidak perlu risau kerana perkara ini hanya akan menentukan saiz tayar dan pada kebiasaannya kita akan dibantu oleh pihak kedai tayar dalam aspek pemilihan saiz tayar yang sesuai bergantung kepada kehendak kita. Tetapi saya biasanya tidak dibantu atau pun diberikan penerangan berkenaan kod yang lain. Perkara ini sama sekali perlu diberikan perhatian oleh kita sebagai pengguna.
Apakah yang dimaksudkan dengan 85V? 85 adalah kemampuan berat maksimum yang boleh ditanggung oleh tayar tersebut adalah sebanyak 515 kg. Sekiranya tayar anda mempunyai nombor selain daripada 85 anda boleh merujuk kepada wikipedia.
Manakala V pula mewakili had kelajuan maksimum tayar. Kelajuan maksimum bagi kod V adalah 240 km/j. Untuk kod selain daripada V anda boleh merujuk kepada wikipedia.
Treadwear 340
Traction AA
Temperature A
Treadwear bermaksud tahap ketahanan tayar kepada perjalanan yang dibuat. Lebih tinggi nombor tersebut bermaksud lebih jauh perjalanan boleh dibuat sebelum tayar tersebut haus. Ia bermaksud tayar dengan treadwear 480 akan haus lebih lambat daripada tayar treadwear 340.
Traction adalah kebolehan tayar untuk berhenti dalam keadaan jalan yang basah. Gred yang paling baik adalah AA, diikuti dengan A, B dan C.
Temperature bermaksud kebolehan tayar untuk membebaskan haba (pada keadaan tekanan tayar yang betul). Gred yang paling baik adalah A, diikuti dengan B dan C.
Tread steel 2 + Polyster 1 + Nylon 1
Sidewall Polyster 1 Ply
Ia bermaksud apakah lapisan yang terkandung di lapisan bunga tayar (tread) dan dinding tayar (sidewall).
Di tayar kereta anda juga mempunyai nombor empat digit yang penting. Sebagai contoh 3039. Empat digit nombor ini memberi maksud bila tayar itu dikeluarkan. 30 mewakili minggu ke 39 dalam satu tahun manakala 09 mewakili tahun 2009. Jadi, sekiranya tayar itu dikeluarkan pada minggu pertama tahun 2010 maka kodnya adalah 0110.
Satu perkara lagi adalah di manakah tayar itu dibuat (made in ???). Semakan boleh dibuat dengan Google untuk mengetahui kewujudan kilang sesuatu jenama tayar di sesebuah negara. Sekiranya tiada kilang tersebut di negara itu, kemungkinan tayar tersebut bukan yang asli.
Bagi saya ini adalah perkara yang agak penting untuk diambil kira sebelum saya membuat keputusan tayar tersebut akan dibeli atau tidak.
1 comments:
Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...
Post a Comment