Skim Cepat Kaya???


Berita Harian 28 Sep 2010
KUALA LUMPUR: Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Petaling Jaya dekat sini malam tadi.
Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, ACP Rohaimi Md Isa, berkata sindiket yang meminta peserta membuat pelaburan sehingga RM41,000 tiap seorang itu dipercayai memperdayakan orang ramai dengan menjadikan tawaran kereta mewah sebagai umpan.
Beliau berkata, kegiatan itu terbongkar apabila polis melancarkan "Operasi Serama" yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor dan juga petugas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.
Katanya, 50 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 20 dan 30 tahun yang menduduki tahap "higher level" atau "upline" dalam sistem piramid yang dianjurkan itu, ditahan semasa mereka mengadakan perjumpaan di sebuah restoran di apartmen itu.
"Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, polis juga merampas 18 kereta mewah termasuk Mercedez Benz, Fair Lady, BMW dan Mazda yang digunakan untuk 'mengumpan' orang ramai menyertai skim ini," katanya.
Rohaimi berkata, sindiket yang aktif sejak dua tahun itu mensasarkan orang ramai terutama golongan muda yang baru berkhidmat dalam sektor kerajaan untuk menyertai skim itu.
"Sindiket ini tahu, budak-budak muda ini mempunyai keinginan yang tinggi terhadap kereta mewah dan senang pula nak buat pinjaman," katanya.
Katanya, modus operandi sindiket ini ialah dengan meminta mereka melabur wang mengikut pelan sehingga maksima RM41,000 dan mencari pelanggan yang dikategorikan sebagai "downline" bagi mencapai hasrat mereka bergelar jutawan.
Rohaimi berkata, orang ramai bagaimanapun menyedari mereka tertipu apabila mereka tidak mendapat jumlah pulangan yang dijanjikan walaupun berjaya mendapatkan jumlah "down line: yang disasarkan.
"Sindiket yang mempunyai tiga kumpulan ini bergerak secara bebas dengan menggunakan restoran sebagai tempat perjumpaan dan bertemu dengan kumpulan 'upline' bagi membincangkan perniagaan mereka.
"Kami terima dua laporan polis berhubung kes ini manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula terima 30 laporan," katanya sambil menambah risikan ke atas kegiatan sindiket terbabit dilakukan sejak tiga bulan lalu.
Beliau berkata, semua 59 anggota sindiket itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Daripada keratan akhbar ini saya berasa kita sepatutnya tidak mudah untuk percaya kepada “perniagaan” yang dilakukan seperti ini.  Bagi saya pelbagai perkara perlu diberi penerangan oleh “perniagaan” ini sebelum seseorang itu boleh sanggup meletakkan sejumlah wang untuk dilaburkan.
Kita sepatutnya dibuktikan bagaimana keuntungan dan gajaran lumayan yang ditawarkan boleh diperolehi dari segi kiraan matematik bukan dibuktikan dengan orang ini telah berjaya ataupun orang itu telah dapat kereta. 

Berapakah Nilai Gaji Anda?


Pernahkah anda fikirkan jika gaji kita dibayar menggunakan gula?
Semalam saya berbual-bual dengan seorang kakitangan kerajaan yang akan berpencen pada tahun ini.  Mula bercerita dari hal keluarga, pengalaman hidup hingga ke soal gaji yang diterimanya. 
Dia menceritakan bahawa gaji pertama yang diterima ketika dia mula bekerja hanyalah RM 180 sebulan dan kini pendapatannya menjangkau RM 1700 sebulan.  Dia juga menerangkan kepada saya bahawa kesukaran hidupnya yang pada waktu mula bekerja adalah amat sukar jika dibandingkan dengan mereka yang hidup pada zaman kini. 
Saya merasakan nilai RM 180 pada zaman itu lebih kurang sama nilainya dengan RM 1700 pada hari ini.  Namun agak sukar untuk menerangkan pada abang yang akan berpencen dan banyak pengalaman ini.  Lalu saya ajukan soalan tentang harga 1kg gula ketika dia mula bekerja.  “Murah, seingat saya lebih kuran 30 sen. “

Kenaikan Harga Barang


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering kali dikejutkan dengan kenaikan harga barang keperluan yang mana ianya memberi kesan terhadap semua peringkat masyarakat daripada yang kaya kepada yang miskin.  Namun perhatian yang lebih perlu diberikan kepada golongan yang miskin kerana berkemungkinan besar kesan kenaikan harga barang ini akan menyebabkan sesebuah keluarga itu terpaksa mengurangkan jumlah makanan yang hendak disuapkan ke mulut anak-anak dan isteri.
Setiap kali kenaikan harga barang keperluan juga seringkali akan diiringi dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan.  Sama ada kenaikan gaji kakitangan kerajaan berlaku terlebih dahulu dan diikuti dengan kenaikan harga barang atau pun sebaliknya.  Ianya seakan-akan berkaitan antara kenaikan gaji kakitangan kerajaan dan kenaikan harga barang. 

Bukit Larut

Bukit Larut mempunyai ketinggian 1036 meter dan ianya terletak berdekatan dengan Bandar Taiping.   Ia merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk dijadikan kawasan beriadah terutamanya bagi aktiviti mendaki.  Pendakian boleh dilaksanakan dengan mudah memandangkan kemudahan jalan tar tersedia dari kaki bukit hingga ke puncak.  Bagi mereka yang tidak berminat untuk mendaki dengan berjalan, kemudahan kereta sewa (Land Rover)  juga disediakan di kaki bukit dengan bayaran RM 6 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak (11 tahun ke bawah).

BB Deals Streamyx ...mana DECT Phone?

Setelah tamat tempoh menunggu ketibaan DECT Phone “percuma” yang tidak sampai-sampai seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, akhirnya tahap curiga saya telah sampai ke tahap yang tertinggi tentang kedudukan DECT Phone tersebut lalu saya telah membuat panggilan ke TM melalui talian 100 untuk membuat aduan dan bertanyakan tentang hal tersebut pada 10 Jul 2010.
Namun amat mengecewakan kerana jawapan yang saya terima adalah DECT Phone telah kehabisan stok!  Tidak mengapalah, mungkin kerana DECT Phone tersebut mereka berikan secara percuma dan mungkin juga ianya tidak memberikan keuntungan kepada mereka.  Mungkin juga dengan kelambatan permberian DECT Phone percuma tersebut tidak mengganggu gugat keuntungan mereka.  

Apa Yang Tertulis di Tayar Kereta Anda


Jika diteliti pada tayar kereta kita, terdapat pelbagai tulisan atau pun kod yang mempunyai maksud-maksud tertentu.  Seharusnya kita perlu tahu apa yang dimaksudkan oleh tulisan tersebut.  Pengetahuan terhadap tulisan tersebut juga memberi kelebihan kepada kita, terutamanya ia dapat mengelakkan pemilik kedai tayar mengambil kesempatan ke atas diri kita.  Oleh yang demikian saya mengunakan tayar di bawah sebagai contoh.
195/55 R15 85V