Inilah rupa cermin hadapan kereta saya yang pecah akibat terkena batu ketika dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur pada 5 Mei 2010. Walau bagaimana pun saya amat bersyukur kerana cermin tersebut adalah cermin double layer. Jika cermin tersebut dari jenis single layer, nescaya saya terpaksa berhenti di dalam perjalanan kerana kesan pecah pada cermin single layer amat teruk dan penglihatan kita akan terhalang pada cermin tersebut akibat daripada kesan retak yang ada. Sekiranya hendak meneruskan pemanduan kita terpaksa membuang cermin yang retak dan memandu tanpa cermin! Tambahan pula keadaan cuaca hujan lebat ketika perjalanan saya ke Kuala Lumpur, bagaimana saya hendak memadu tanpa cermin? Oleh yang demikian saya amat bersyukur kerana cermin yang digunakan adalah dari jenis double layer.
Setelah balik dari Kuala Lumpur saya mula merisik kos untuk mengantikan cermin kereta saya di bengkel sekitar kawasan Sungai Petani. Kebanyakannya menawarkan harga dari RM 420.00 hingga RM 450.00 untuk double layer dan masa kerja dari 3 ke 4 jam. Kos yang diperlukan agak tinggi. Akhirnya saya cuba menghubungi mekanik yang
selalu memperbaiki kereta saya (Tan) untuk mendapatkan nasihat beliau mengenai kedai yang terbaik dan menawarkan kos yang rendah.
selalu memperbaiki kereta saya (Tan) untuk mendapatkan nasihat beliau mengenai kedai yang terbaik dan menawarkan kos yang rendah.
Beliau mencadangkan agar saya pergi ke sebuah kedai di kawasan Taman Sejati dan mengatakan bahawa kedai tersebut boleh melaksanakan kerja penggantian dalam masa yang singkat dan kos yang berpatutan.
Saya pun cuba ke kedai tersebut pada 18 Mei 2010 pada jam 10 pagi untuk mencuba nasib. Ketibaan saya di kedai tersebut telah di sambut oleh tauke (dia bos dan dia kuli) yang sedia menunggu mungkin kerana telah dihubungi oleh mekanik yang selalu memperbaiki kereta saya (Tan). Belum sempat saya memulakan bicara, tauke kedai itu telah bertanya kepasa saya sama ada saya mahu menunggu di kedainya sehigga cermin kereta saya siap dibaiki ataupun meninggalkan kereta saya di kedainya.
behubung dengan soalan dari tauke tersebut, satu persoalan utama muncul dalam minda saya, adakah saya confirm mahu menukar cermin kereta saya di kedai ini? Tetapi saya tidak menunjukkan rasa terkejut sebaiknya saya bersabar. Walaubagaimanapun saya tidak menjawab soalan tauke tersebut tetapi bertanya tentang masa yang diperlukan menyiapkan untuk kerja, kos dan kualiti cermin yang akan dipasang. Jawapan yang diberikan agak memeranjatkan, masa kerja cuma 2 jam (tidak termasuk masa menunggu penghantaran cermin), kos RM 360.00 (tauke tersebut mengatakan cermin double layer ada promotion masa tersebut), kualiti cermin dan pemasangan (bocor/lain-lain kecacatan) ditanggung oleh tauke tersebut.
Oleh kerana jaminan dari tauke tersebut dan kos yang ditawarkan agak menarik, saya bersetuju untuk membuat pengantian cermin kereta saya di kedai tersebut pada hari itu juga. Sepanjang saya menunggu cermin baru dihantar, saya dilayan dengan begitu baik oleh tauke kedai yang agak peramah.
Cermin kereta yang pecah telah dibuka dan menanti cermin baru
Gam yang digunakan
Kerja-kerja pemasangan dilakukan terhadap cermin baru
(Baju biru kuning itu adalah tauke kedai yang peramah)
(Baju biru kuning itu adalah tauke kedai yang peramah)
Lebih kurang jam 1 ptg kerja–kerja pemasangan cermin hadapan kereta saya siap dilaksanakan. Tauke kedai itu juga memberikan nasihat agar mengelakkan kerja atau perbuatan menolak cermin dari dalam sebelum 24 jam (jangan pasang tinted dulu).
Saya amat berpuas hati dengan kos, mutu kerja, layanan dan kualiti cermin yang digunakan kedai ini. Alamat kedai adalah seperti berikut HUAT AUTO CAR, H-145, Jalan Perusahaan Indah Satu, Taman Sejati Indah Linght Industries Complex, Sungai Petani.
Saya juga merasakan bahawa penggunaan cermin hadapan double layer adalah amat penting dalam menjamin keselamatan diri dari kemalangan dan duit daripada terpaksa mengantikan cermin di tempat lain (berdekatan dengan tepat cermin kereta pecah, kemungkinan harga akan dinaikkan kerana kita amat memerlukan cermin kereta..)
3 comments:
untuk cermin kereta wira kami siap tukar baru charge RM 300 sahaja. original double layer.
Website Wind Autoglass
blog kami
Boss, brape harga cermin kereta depan original double layer utk honda accord 2009 termasuk servis caj? Tq.
Bos..nk tukar cermin depan kereta nissan serena C23 harga berepa?i duduk sungai petani juga.
Post a Comment