Tire Rack


Bagaimana pemilihan jenama tayar dan jenis tayar kenderaan sebelum membelinya?  Di sini saya ingin berkongsi sebuah laman web yang boleh dijadikan panduan kepada kita untuk memilih tayar yang sesuai dengan kehendak pemanduan masing-masing.  Tire Rack telah mengumpul komen dari pengguna di serata dunia berkenaan ciri-ciri sesebuah tayar.  

Komen tersebut merangkumi pandangan bebas pemilik yang disalurkan melalui susunan perkataan.  Tetapi apa yang menarik adalah laman web ini juga mengumpul dan menganalisa markah yang diberi oleh setiap pemilik tayar dan menjadualkannya agar kita mudah membandingkan sesebuah tayar dengan tayar yang lain.

Antara perbandingan yang dipaparkan di laman web ini yang sesuai untuk dijadikan rujukan dengan keadaan cuaca di negara kita adalah
  1.   Extreme performance summer
  2.   Max performance summer
  3.   Ultra high performance summer
  4.   High performance summer 
  5.   Grand touring summer 
Namun terdapat kelemahan yang menyukarkan saya membuat perbandingan kerana pengkelasan gred tayar ini dibahagi kepada banyak bahagian.  Sebagai contoh, kepada kita pengguna di Malaysia meggunakan tayar summer.  Tetapi laman web ini telah membuat 5 kumpulan kepada gred tayar summer menyebabkan perbandingan tidak boleh dilakukan antara kelas  Extreme performance summer dengan Max performance summer ­kerana tayar ini diletakkan dalam kelas yang berlainan.

Selain itu terdapat beberapa tayar yang dipaparkan di laman web ini berkemungkinan besar tidak terdapat di pasaran Malaysia.  Oleh yang demikian saya akan memilih beberapa tayar yang diminati (antara 3 ke 5 jenis) sebelum membuat tinjauan selanjutnya di kedai tayar.  

Dari laman web ini juga saya telah memilih Kumho Esta SPT kepada kereta saya kerana kemampuan yang dipaparkan dan juga kos yang agak berpatutan di tempat tinggal saya.  

Semoga laman web ini boleh digunakan kepada kita semua sebagai panduan dalam pemilihan tayar dan bukan menerima secara terus apa yang budak kerja kedai tayar “jual” kepada kita. 

0 comments:

Post a Comment