Akhirnya..DECT Phone


Akhirnya pada 22 Sep 2010, Dect Phone percuma yang dinanti-nantikan daripada TM telah selamat sampai melalui Pos Laju setelah lebih kurang 3 bulan menunggu. 



DECT Phone yang dibekalkan berjenama Tabir Omega dari Xingtel.  Telefon ini dibekalkan sekali bersama wayar telefon, handset, stand charger dan juga adapter.



Ciri-ciri telefon seperti yang dipaparkan pada gambar kotak di atas
  Call waiting
  Caller ID
  Handset
  Speakerphone
  Expandable up to 5 handset
  Melody ringtones
  Do not disturb (silent mode)
  Digital Recording

Namun, apa yang menarik minat saya sudah pastinya handset cordless yang boleh dibawa kemana-mana.  Akan tetapi jarak antara handset dan charger adalah terbatas (tidak boleh terlalu jauh).  Jarak yang boleh digunakan adalah lebih kurang 50 meter.

Terima kasih kepada TM juga kerana telah mengotakan janji yang tertera dalam pakej Streamyx Blockbuster Deals walaupun memerlukan masa yang agak panjang.



1 comments:

Boboysonic said...

hello....
saya juga pelanggan TM blockbuster Streamyx spt anda. saya telah melanggan pakej TM BB Deals ini pada awal bulan Mac semasa ianya baru dilancarkan. saya telah berjaya mengaktifkan talian internet pada 19 Feb dan mendapat panggilan percuma pada 19 april.

apa yg mendukacitakan saya bahawa DECT phones yg sepatutnya saya terima pada bulan April tidak saya dapat seperti yg dijanjikan. hanya selepas bulan ini (22 December 2010) saya baru mendapat telefon DECT saya. (Itupun selepas 3 kali memanggil operator 100 dan 2 kali berkunjung ke TM Point) saya amat kecewa dengan karenah birokrasi yang dilemparkan kepada saya.

Namun penantian saya amat berbaloi kerana saya mendapat telefon Panasonic KX-TG6411MLS yang berwarna perak. saya sungguh puas hati memandangkan kawan-kawan saya yang melanggan pakej yg sama hanya mendapat telefon Aztech atau motorola yang rekaannya amat simplistik...

Terima Kasih TM walaupun lama menunggu....

Post a Comment