Dimana DECT Phone!!!


Pada 14 Sep yang lepas saya telah membuat pertayaan susulan kepada TM melalui talian 100 terhadap DECT Phone percuma yang masih belum saya perolehi.  Sebelum ini pihak TM menjanjikan bahawa DECT Phone tersebut akan di pos kepada saya sebelum 15 Sep, jadi saya cuma ingin membuat semakan sama ada DECT Phone tersebut telah di pos atau belum.
Seperti biasa operator yang bertugas bertanyakan beberapa soalan sebagai pengesahan.  Tetapi pihak TM menayatakan bahawa masalah saya perlu di semak di bahagian produk dan dukicita dinyatakan bahawa bahagian produk hanya beroperasi mulai jam 8.30 pagi hinga 9.30 malam pada setiap hari.
Pada 15 Sep saya membuat paggilan ke bahagian produk menyatakan masalah saya tentang DECT Phone percuma yang masih belum diperolehi.  Seperti dahulu kala pihak TM menyatakan mereka mengalami masalah dengan stok DECT Phone dan menyatakan mereka bahawa saya akan dapat tapi tidak dapat dipastikan bila. (tak kan nak tunggu 5 tahun kot)
Saya tanyakan kepada pihak TM, bila saya perlu maklum semula kepada pihak TM tentang sekiranya DECT Phone tersebut masih belum diperolehi.  Jawapan diberikan saya perlu semak semula dgn pihak TM pada 24 Sep 10.
Ini adalah tarikh aduan yang dibuat kepada pihak TM dan tarikh yang mereka berikan

Tarikh Tanya
Tarikh Dijangka Dapat DECT Phone
Pertama
2 Jun 2010
2 Jul 2010
Kedua
10 Jul 2010
10 Ogos 2010
Ketiga
11 Ogos 2010
15 Sep ......
Keempat
15 Sep 2010
24 Sep 2010

0 comments:

Post a Comment