Perbelanjaan Seorang Perokok


Di negara kita, perokok berada hampir di semua tempat.  Ini melambangkan jumlah perokok yang ramai di Malaysia.  Namun pernahkah kita terfikir, berapa banyak kos yang perlu ditanggung untuk seseorang itu mengekalkan tabiat mereka sebagai perokok.  Disini saya ingin mengajar saudara menilai kos bagi seorang perokok.  Tetapi jumlah perbelanjaan itu mungkin berbeza-beza bergantung kepada  jumlah rokok yang dihisap oleh seseorang.
Sebagai contoh bagi perngiraan ini kita ambil seorang perokok yang memerlukan sebungkus rokok untuk sehari yang berharga RM 9.30 sebungkus.  Perokok itu mula merokok sejak tamat sekolah pada umur 18 tahun dan merokok sehingga umur 63 tahun (umur umat Nabi Muhammad saw).
Jumlah umur yang dugunakan untuk merokok = 63 tahun -18 tahun = 45 tahun
Sehari = RM 9.30
Sebulan = RM 9.30 x 30 hari  = RM 279.00
Setahun = RM 279 x 12 bulan = RM 3348.00
Perbelanjaan merokok seumur hidup = 45 tahun x RM 3348 = ???

Streamyx Pakej Standard vs Steamyx BlockBuster Deals

Internet semakin menjadi keperluan kepada kita di Malaysia.  Kini pelbagai pelbagai produk internet ada di pasaran yang menawarkan pelbagai ciri-ciri tersendiri bergantung kepada kehendak kita sebagai pengguna.  Oleh yang demikian, kita perlu bijak untuk membuat pilihan tentang produk yang terbaik untuk kita gunakan.
Saya mula mendaftar sebagai pengguna Streamyx pada tahun 2006 menggunakan Pakej

Hand, Foot and Mouth Disease


Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut



Sedang saya sibuk membantu ibu untuk menguruskan tahlil arwah ayah, anak saya yang pertama dijangkiti Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease-HFM)Pepatah Melayu ada mengatakan seperti sudah jatuh ditimpa tangga.  Tetapi sebagai umat Islam, kita perlu menerimanya dengan hati yang redha sebagai ujian dari Allah swt. 
HFM adalah sejenis penyakit berjangkit yang mudah menyerang kepada kanak-kanak yang berumur bawah dari 2 tahun.  Penyakit ini bermula dengan demam biasa kemudian ikuti dengan tanda-tanda melepuh di sekitar mulut, kakit dan tangan. 

Hari-hari Terakhir Ayah



Sungguh cepat masa berlalu. Pada umur baru menjangkau 56 tahun, ayah yang saya hormat dan sayang pergi buat selama-lamaya meninggalkan kami di dunia ini. Namun kita terpaksa menerimanya dengan redha kerana hidup dan matinya seseorang mahluk di dunia ini adalah ketentuan Allah swt.
Seperti biasa, perginya seseorang insan dari dunia ini akan disertakan dengan sebab yang ditentukan Allah swt. Pemergian ayah saya adalah berpunca dari jangkitan kuman atau pun dalam bahasa perubatan dinamakan SEPSIS. Jangkitan tersebut bermula pada bahagian atas dada sebelah kiri berbentuk seperti bisul yang bersaiz sebesar 

Double Layer Windscreen RM 360


Inilah rupa cermin hadapan kereta saya yang pecah akibat terkena batu ketika dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur pada 5 Mei 2010. Walau bagaimana pun saya amat bersyukur kerana cermin tersebut adalah cermin double layer. Jika cermin tersebut dari jenis single layer, nescaya saya terpaksa berhenti di dalam perjalanan kerana kesan pecah pada cermin single layer amat teruk dan penglihatan kita akan terhalang pada cermin tersebut akibat daripada kesan retak yang ada. Sekiranya hendak meneruskan pemanduan kita terpaksa membuang cermin yang retak dan memandu tanpa cermin! Tambahan pula keadaan cuaca hujan lebat ketika perjalanan saya ke Kuala Lumpur, bagaimana saya hendak memadu tanpa cermin? Oleh yang demikian saya amat bersyukur kerana cermin yang digunakan adalah dari jenis double layer.
Setelah balik dari Kuala Lumpur saya mula merisik kos untuk mengantikan cermin kereta saya di bengkel sekitar kawasan Sungai Petani. Kebanyakannya menawarkan harga dari RM 420.00 hingga RM 450.00 untuk double layer dan masa kerja dari 3 ke 4 jam. Kos yang diperlukan agak tinggi. Akhirnya saya cuba menghubungi mekanik yang