Pada 14 Sep yang lepas saya telah membuat pertayaan susulan kepada TM melalui talian 100 terhadap DECT Phone percuma yang masih belum saya perolehi. Sebelum ini pihak TM menjanjikan bahawa DECT Phone tersebut akan di pos kepada saya sebelum 15 Sep, jadi saya cuma ingin membuat semakan sama ada DECT Phone tersebut telah di pos atau belum.
Seperti biasa operator yang bertugas bertanyakan beberapa soalan sebagai pengesahan. Tetapi pihak TM menayatakan bahawa masalah saya perlu di semak di bahagian produk dan dukicita dinyatakan bahawa bahagian produk hanya beroperasi mulai jam 8.30 pagi hinga 9.30 malam pada setiap hari.