Love Money


Sedang saya membelek berita di website yahoo, saya terjumpa laman yang agak menarik iaitu lovemoney.  Laman ini mengandungi rencana-rencana berkaitan duit dan harta.  Walaupun kita tidak sepatutnya menjadi hamba harta di dunia ini, namun ilmu yang baik boleh digunakan dari laman ini agar kita tidak tertipu oleh orang lain di dunia ini.
Antara rencana yang ada di laman web ini adalah
1.       Dapatkan tawaran menarik.
2.       Jadikan duit tahan lebih lama.
3.       Membuat keputusan bijak berkenaan harta.
4.       Menambah kekayaan.
Marilah kita bersama-sama menfaatkan apa jua ilmu yang terkandung di dalam laman ini.

Telekom Malaysia dan DECT Phone model Baru???

picture from blog.quantumwimax.com
2 Jun 2010 upgrade Streamyx ke pakej BB Deals 2 Mbps.  DECT PHONE AKAN DI POS DALAM MASA 1 BULAN (SEBELUM 2 JUL 2010 LA KOT?)
Tunggu...  punya tunggu... punya tunggu... pos tak sampai-sampai.
10 Jul 2010. Telefon talian 100 (TM punya ape bende ntah) tanya pasal DECT PHONE.  DECT PHONE AKAN DI POS DALAM MASA 1 BULAN (SEBELUM 10 OGOS 2010 LA PLAK?)
11 Ogos 2010. Telefon talian 100 tanya pasal DECT PHONE.  DECT PHONE ENCIK AKAN DIPOS SEBELUM 15 SEP ....... ( ALAMAK AKU TERLUPA TANYE DIA TAHUN BERAPA?)hahahaha...

Dapat Gaji Bayar Apa?


Apa yang kita kena bayar setiap bulan bagi kehidupan di dalam dunia yang serba moden pada masa kini?  Anggaran ini dibuat bagi sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak yang berumur di bawah 2 tahun.
PERKARA
HARGA (RM)
Perbelanjaan Rumah

Bil Elektrik dan Bil Air
100.00
Telefon + Internet (pakai pakej Streamyx yg paling murah)
90.00
Bayaran Ansuran Rumah/ Sewa Rumah
700.00
Gas Memasak (satu tong dua bulan) RM 26 ÷ 2
13.00
Astro (paling murah)
37.95
Perabot dan Segala Peralatan dalam Rumah
(peruntukkan RM 50 sebulan, kumpul sampai cukup baru boleh beli apa yang diperlukan)
50.00
Jumlah
990.95